-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Margin
Margin
Margin adalah amaun wang yang anda perlukan untuk mengekalkan posisi aktif. Biasanya ia bersamaan dengan 1-2% saiz posisi.
Leveraj dan margin saling terhubung kait. Jika anda mahu dagangkan posisi yang lebih besar tetapi anda tidak punyai wang yang cukup, anda boleh gunakan leveraj. Bagaimana pun, leveraj boleh digunakan hanya jika anda depositkan margin yang disyaratkan oleh broker anda. Butiran lanjut tentang leveraj ada di sini.
Keperluan margin adalah amaun wang yang disyaratkan oleh broker anda untuk membuka posisi.
Margin boleh guna adalah amaun wang yang masih boleh digunakan untuk membuka lebih banyak posisi.
Margin Digunakan adalah amaun wang yang dikunci oleh broker anda sehingga setelah anda tutup posisi aktif semasa anda, atau setelah panggilan margin.
Panggilan margin digunakan oleh broker untuk memberikan amaran bahawa anda perlu menutup dagangan anda atau depositkan lebih banyak wang untuk memenuhi keperluan margin minimum.
2022-11-23 • Dikemaskini